More
in Common than you think: The Bridge between Islam and Christianity
by Paul Findley
(Paul Findley is a former Congressman
from Illinois and author of: None Dare Call it Treason)
Dr William W Baker, 1998
Pages 125 Paperback,
Defenders Publications,
P.O. Box 8038, Laguna Hills,
A 92654-8038
USA
Muslims are often cited as the second
most numerous religious community in the US, exceeded only by the Christians.
Estimates vary between six million to seven million. Ranking third are
the Jews who number about five and half million.
In contrast to Christian views of the
Jews, who are generally regarded with sympathy if not support, the attitude
of American Christians towards Muslims is largely negative. I find few
Christians who have no opinion about Islam. Those with an opinion almost
always automatically -- falsely, of course -- link Muslims with terrorism,
bigotry and intolerance.
The Christians that have correct information,
and the American Muslims themselves, make little effort to correct these
false perceptions.
Sympathy for Jews arises mainly from the
Nazi Holocaust and the constant reminder on television and in the press
of this dreadful episode in history. Support for Israel – and, therefore
for Jews generally – comes substantially from Christian fundamentalists
who believe, contrary to my own belief, that a militarily strong Israel
is an essential part of God’s plan. Their passionate belief in this doctrine
leads them to dismiss Arab / Muslim claims to their ancestral property
in Palestine as contrary to the will of God.
Even members of the mainstream Christian
clergy, who, one would assume, should be correctly informed about all monotheistic
religions, are generally as silent if not as poorly informed as lay citizens.
If they know the truth about Islam, they keep it to themselves.
There are other reasons, many and complicated,
for false stereotypes and general misinformation about Islam which highlight
the grim nature of the situation. US Muslims are terribly misunderstood,
but so far little has been done to correct the stereotypes.
However to this otherwise discouraging scene
comes a promising new book, More in Common Than You Think: The Bridge between
Islam and Christianity by Dr William Baker, a former archaeologist who
in recent years has focused his remarkable energies and talent on the plight
of Palestinians under Israeli occupation and the urgent need for Christian-Muslim
understanding.
A former professor of ancient history and
biblical studies, Baker is the founder and president of an organization
called CAMP acronym for Christians and Muslims for Peace. His interest
was kindled in 1970 in Palestine, when he ‘soon discovered the tremendous
amount of common ground’ between the Christian faith and ‘the true faith
and teachings of Islam’, after reading and studying the Qur’an.
His book is easy to read. It is clear,
illuminating and compelling. It is also brief, the text comprising only
101 pages. It supports the inter faith ‘bridge’ with quotations directly
from the Bible and the 1989 edition of the Meaning of the Holy Qur’an:
New Edition with Revised Translation and Commentary by Abdullah Yusuf Ali.
It presents cogently the fundamental teachings
shared by Islam and Christianity, teachings that form the solid foundation
that should lead the two largest religious communities to co-operate enthusiastically
and to live in mutual respect with each other.
It dismisses in brief persuasive language
the often expressed warning that Islam, the fastest growing religion in
the world, threatens the democracies of the West and that Christians and
Muslims are headed for an inevitable clash (as Professor Samuel Huntington
predicts as the clash of civilizations) reminiscent of the ancient crusades.
Baker’s book should have ready acceptance
in the Christian evangelical community -- a broad and diverse one — because
of his long, close relationship with Rev. Robert H Schuller founding pastor
of the Crystal Cathedral and television pastor of the Hour of Power program
carried world wide on television.
Schuller warns: ‘the coming century will most
surely witness either a coalition or a collision between Islam and Christianity’.
He adds: ‘True believers in God must move our society and our world from
incompatibility to compatibility; from intolerance to tolerance; positive
Christians and Muslims becoming partners in pace. I am convinced this book
by Dr Baker will prove to be a significant contribution in bringing Christians
and Muslims together to live in peace and mutual respect.’
In Chapter 3, Baker writes: ‘Few Christians
are aware that Prophet Muhammad, the messenger of Islam, believed Jesus
and Moses were the most important bearers of God’s revelation to mankind,
that message is enshrined in the Torah and New Testament. Islam embraces
both books and includes portions of both in the text of the Qur’an.
‘As Christians believe the New Testament
was the completion of the Old Testament, so Muslims believe Islam and the
Qur’an serve as the Final completion of both books, and Muhammad as the
last Prophet or Messenger of God. Both the Torah and the New Testament
are viewed by Islam as inspired revelation of God to mankind. Both Jews
and Christians are referred to in the Qur’an as ‘People of the Book’ meaning
the Bible.’
He quotes from Surah al-`Ankabut (29:46) to
support this conclusion: ‘The Qur’an calls upon Muslims to attempt to sit
down peacefully with People of the Book in an effort to find the common
ground between hem’, and from Surah Al-’Imran (3:84) to support this statement:
‘Muslims are asked to follow the good examples of the earlier Prophets
of the Bible.’
Baker notes: ‘Although the Jews joined
with the enemies of early Islam, neither they nor Judaism were targeted
by Muhammad or Islam. It is a fact of history that when the Jews were being
persecuted in Europe during the Middle Ages they found peace, harmony,
and acceptance among the Muslim people of Spain. In fact, this was the
era of Jewish history that they themselves refer to as ‘the Golden Age’.
Baker finds that both the Bible and Islam
condemn the worship of any other God as idolatry and that ‘A Muslim can
no more be a ‘card carrying communist’ than a Christian can belong to and
support the creed of world atheism.’
He notes that both Islam and Christianity
teach that God is in control of all things, including the destiny of mankind,
collectively and individually. He writes: ‘The sovereignty of God in both
the Qur’an and the Bible is remarkably similar.’
He writes that Shaikh Ahmad Kuftaro, spiritual
leader of the Muslim of Syria, said to him in 1987: ‘My dear brother, you
cannot be a true Muslim unless you love, respect and honour Jesus.’
As one who has endeavoured for the past
three years to create understanding of Islam among Christians, I recommend
Baker’s book as required reading by the Christian clergy in the United
States. I also suggest that all imams and other leaders of the Muslim community
– in America and beyond – place it at the top of their reading list.
Muslim leaders are better informed about
Christianity than the reverse, but, at the least, they will find comfort
in the fact that a lay Christian has produced a document that can help
immensely in ineasing mutual respect and harmony between the two largest
faith traditions in the world.
(Courtesy: The Impact International, London) |
Lebih Bersama
Dari Yang Anda Sangkakan: Titian Antara Islam Dan Agama Kristian
oleh Paul Findley
(Paul findley ialah bekas ahli Kongres
daripada Illinois dan penulis buku: "None Dare To Call It Treason")
Dr. William Baker, 1998
125 Muka Surat, Berkulit Lembut,
Penerbit Defenders,
P.O Box 8038, Laguna Hills,
A 92654-8038
USA
Komuniti Islam dikatakan golongan kedua terbesar
di Amerika Syarikat selepas penganut agama Kristian. Bilangan mereka dianggarkan
seramai 6 ke 7 juta orang. Golongan Yahudi jatuh di tempat ketiga
dengan bilangan pengikut seramai 5 1/2 juta.
Kebiasaannya orang Kristian Amerika
memandang negatif terhadap komuniti Muslim, berbeza dengan pandangan mereka
terhadap kaum Yahudi; sekurangnya rasa simpati walaupun tidak menyokong.
Saya mendapati ramai penganut Kristian mempunyai satu pendirian terhadap
Islam. Selalunya pendirian ini secara automatik - pastinya tidak betul
- mengaitkan kaum Muslim dengan keganasan, kedegilan dan tidak toleransi.
Orang Kristian yang mempunyai maklumat
yang betul serta kaum Muslim di AS sendiri kurang bertindak untuk membetulkan
persepsi negatif tersebut.
Rasa simpati kepada Yahudi berpunca
daripada pemusnahan besar-besaran oleh Nazi ditambah peranan television
dan media yang sentiasa mengulangi peristiwa bersejarah yang dahsyat tersebut.Sokongan
kepada Israel - dan kaum Yahudi, amnya - selalunya diberikan oleh fundamentalis
Kristian yang percaya, berbeza dengan pandangan saya sendiri, bahawa sebuah
negara Israel yang kuat ketenteraannya adalah penting untuk menyempurnakan
perencanaan Tuhan. Keyakinan yang kuat ini membuat mereka menolak tuntutan
kaum Arab/Muslim di Palestin terhadap hak mereka di tanah air sendiri dan
dianggap sebagai bercanggah dengan kehendak Tuhan.
Malahan, kebanyakan paderi Kristian,
yang sepatutnya mempunyai maklumat yang betul tentang semua agama tauhid,
kerap kali mendiamkan diri bahkan mungkin mereka juga sama-sama kurang
berpengetahuan seperti orang awam. Kalaupun mereka mengetahui kebenaran
ISLAM, mereka menyimpannya untuk diri sendiri sahaja.
Ada banyak sebab-sebab yang rumit
kenapa stereotaip palsu dan penyebaran maklumat yang salah tentang
Islam berlaku dan ini menggambarkan satu keadaan yang pahit. Banyak buruk
sangka timbul terhadap kaum Muslim di AS tetapi usaha untuk membaiki imej
mereka adalah sangat kurang.
Namun demikian, dalam suasana yang
menyedihkan ini, terdapat satu buku baru yang berpotensi dengan tajuk,
"Lebih Bersama Dari Apa Yang Anda Sangkakan: Titian Antara Islam dan Kristian",
oleh Dr. William Baker, bekas ahli arkeologi yang sekarang ini menumpukan
tenaga dan kemampuannya demi membela nasib orang-orang Palestin di bawah
jajahan Israel serta memupuk kesefahaman antara penganut agama Kristian
dan kaum Muslim.
Beliau adalah bekas profesor sejarah
kuno dan pengajian Injil,juga merupakan pengasas dan presiden sebuah pertubuhan
'Penganut Agama Kristian Dan Muslim Untuk Keamanan'atau CAMP singkatan
bagi [Christians and Muslims for Peace].Minatnya mula timbul pada tahun
1970 di Palestin apabila beliau "mendapati banyak persamaan" antara ajaran
Kristian dan "ajaran Islam yang benar", selepas membaca dan mengkaji kitab
Al-Quran.
Buku beliau mudah dibaca. Isinya
jelas,terang,dan sangat menarik. Ia juga ringkas,hanya mengandungi 101
muka surat. Ia menyokong satu "titian" antara agama-agama berdasarkan
dalil yang dipetik daripada kitab Injil dan Terjemahan Ayat-ayat Suci Al-Quran,
edisi 1989,Edisi Baru dengan semakan dan komentar oleh Abdullah Yusuf Ali.
Buku ini menerangkan dengan jelas
dan yakin segala ajaran asas yang dikongsi bersama oleh Kristian dan ISLAM.Perkongsian
ajaran ini merupakan asas yang mantap bagi kedua-dua golongan agama yang
terbesar ini agar berkerjasama bersungguh-sungguh dan hidup saling hormat-menghormati.
Ia menolak secara halus dan lembut
dakwaan yang mengatakan bahawa ISLAM-agama paling cepat tersebar di dunia-merupakan
ancaman kepada demokrasi Barat, dan pertembungan antara Kristian dan ISLAM
pasti berlaku (sebagaimana pendapat Professor Samuel Huntington yang merujuknya
sebagai pertembungan dua tamadun) mengingatkan kembali peristiwa Perang
Salib dalam sejarah.
Buku Baker sepatutnya diterima baik
oleh golongan pendakwah Kristian - suatu kumpulan yang besar dan berbagai-bagai
- kerana beliau mempunyai hubungan baik dengan Paderi Robert H.Schuller,paderi
pengasas Katedral Kristal dan juga paderi television untuk program Waktu
Kuasa(Hour of Power) yang disiar di television serata dunia.
Schuller telah memberi amaran,"abad
mendatang pasti akan menentukan sama ada wujud persepakatan atau pertembungan
antara Islam dan Agama Kristian".Beliau menambah lagi,"mereka yang benar-benar
beriman kepada Tuhan mestilah menggerakkan masyarakat dan dunia kita
daripada ketidak serasian kepada lebih serasi;daripada tidak toleransi
kepada toleransi;pengikut yang positif dari golongan Kristian dan Muslim
bersama-sama menjadi rakan dalam keamanan. Saya yakin buku Dr. Baker ini
merupakan satu sumbangan yang berkesan dalam membawa penganut Kristian
dan Muslim untuk hidup aman dan saling hormat-menghormati.
Dalam Bab 3, Baker telah menulis,"
Tidak ramai orang Kristian tahu bahawa Nabi Muhammad, rasul bagi Islam,
percaya bahawa Isa dan Musa adalah pembawa wahyu Tuhan kepada manusia yang
sangat penting, yang ajaran mereka terkandung di dalam kitab-kitab Injil
dan Taurat. Islam menerima kedua-dua kitab tersebut dan menyatakan beberapa
petikan dari kedua kitab tersebut di dalam Al-Quran."
"Seperti mana kaum Kristian percaya
bahawa kitab Injil Baru adalah melengkapkan Kitab Injil lama, begitu juga
orang Islam berpendapat bahawa Islam dan kitab Al-Quran merupakan pelengkap
dan penutup kedua-dua kitab, dan Muhammad adalah rasul terakhir daripada
Tuhan. Kedua-dua kitab Taurat dan Injil diterima oleh Islam sebagai wahyu
daripada Allah kepada manusia. Kedua-dua kaum Yahudi dan Kristian di namakan
" ahli kitab" yang bermaksud
"kitab Injil".
Beliau memetik dari surah al-Ankabut
(29:46) untuk menyokong pendapatnya: 'Al-Quran menyeru kaum Muslim untuk
duduk dengan aman bersama Ahli Kitab agar mereka memperolehi jalan persefahaman
antara mereka", dan dari surah Ali Imran (3:84) untuk menyokong pernyataan
berikut: "Kaum Muslim diminta mencontohi teladan baik rasul-rasul daripada
kitab Injil yang terdahulu."
Baker menyatakan: "Walau pun kaum
Yahudi telah memihak kepada musuh-musuh Islam di peringkat awal, mereka
dan agama Yahudi bukanlah sasaran Muhammad atau Islam.Malah fakta sejarah
membuktikan bahawa semasa kaum Yahudi ditindas di Eropah dalam Zaman Pertengahan,
mereka telah mendapat keamanan, harmoni dan penerimaan di kalangan orang
Islam di Sepanyol. Bahkan,inilah era yang digelar oleh kaum Yahudi sendiri
sebagai 'Zaman Keemasan'.
Baker mendapati bahawa kedua-dua
kitab Injil dan Al-Quran mengutuk penyembahan selain daripada Tuhan sebagai
syirik dan 'seorang muslim tidak sepatutnya menjadi ' ahli komunis' seperti
juga orang Kristian tidak boleh menyertai atau menyokong kepercayaan ateis'.
Beliau juga menyatakan bahawa kedua-dua
ISLAM dan Kristian mengajarkan bahawa Tuhan berkuasa atas setiap sesuatu,
termasuk nasib dan takdir setiap insan dan masyarakat.Beliau menulis:"Kekuasaan
Tuhan dalam alQuran dan Injil adalah sama dan serupa"
Beliau menulis bahawa Shaikh Ahmad
Kuftaro, pemimpin kaum Muslimin di Syria,telah berkata kepadanya dalam
tahun 1987: "Wahai saudaraku, kamu tidak akan menjadi seorang Muslim sejati
kecuali kamu mencintai, menghormati dan memuliakan Isa as."
Sebagai seorang yang telah berusaha
semenjak 3 tahun lalu untuk mewujudkan kefahaman tentang Islam di kalangan
orang Kristian, saya mengesyorkan buku Baker sebagai buku yang mesti dibaca
oleh paderi Kristian di Amerika Syarikat. Saya juga mencadangkan supaya
semua imam dan lain-lain pemimpin masyarakat Islam - di Amerika dan selainnya
- meletakkan buku ini sebagai bahan bacaan utama.
Pemimpin Islam lebih berpengetahuan
tentang agama Kristian daripada sebaliknya, tetapi, sekurang-kurangnya,
mereka boleh merasa selesa kerana seorang Kristian biasa telah menghasilkan
satu penulisan yang dapat banyak membantu menambahkan perasaan saling hormat
menghormati antara dua kumpulan agama terbesar di dunia.
(dari "The Impact International", London)
|