GEOGRAFI  

Benua Asia

Pengenalan

Bentuk Muka Bumi

Pengenalan

Peta Benua Asia

Benua Asia terletak di kedudukan garis lintang 75 Darjah Utara hingga 10 Darjah Selatan dan 28 Darjah Timur hingga 165 Darjah Timur (75'U-10'S , 28'T-168'T). Benua Asia merupakan benua yang terbesar di dunia dengan keluasan 44.8 juta Kilometer persegi dalam pelbagai bentuk muka bumi. Benua Asia terbahagi kepada 5 bahagian iaitu Asia Tenggara ,Asia Selatan , Asia Barat Daya , Asia Timur dan Asia Tengah.Benua Asia dilintasi oleh Garisan Artik , Garisan Sartan dan Garisan Khatulistiwa.

Bahagian Negara-Negara
Asia Timur Jepun , Korea , China , Taiwan , Hong Kong
Asia Tenggara Filipina , Indonesia , Malaysia , Brunei Darulsalam , Vietnam , Kemboja , Laos , Negara Thai , Myammar , Singapura
Asia Selatan Bangladesh , India , Sri Langka , Nepal, Bhutan, Pakistan
Asia Barat Daya / Barat Afghanistan , Iran , Turki , Syria , Lubnan , Israel , Jordan , Iraq, Kuwait , Arab Saudi , Qatar , Oman , Yemen, Emiriah Arad Bersatu (United Arab Emirates)
Asia Tengah Russia , Mongoli

Laut-laut yang mengelilingi benua asia

Kedudukan Lautan
Selatan Lautan Hindi
Utara Lautan Artik
Timur Lautan Pasifik
Barat Lautan Hitam , Lautan Kaspai , Lautan Meditarreanian , Laut Merah

Bentuk Muka Bumi

Benua Asia mempunyai bentuk muka bumi yang berbeza dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Bentuk muka bumi benua Asia terbahagi kepada 4 kategori yang utama .Kategori ini terdiri daripada Kawasan Tanah Tinggi , Dataran Tinggi and Gunung Berapi , Kawasan Tanah Pamah dan Saliran. Keempat-empat kategori ini mempunyai ciri-ciri yang tertentu.

  1. Menganjur dari Pusat Perbanjaran Pamir
  2. Seperti banjaran Himalaya / Kun Lun /Hindu Kush
  3. Kebanyakkan gunug lipat muda-Himalaya
  4. Gunung lipat tua seperti Yunnan di China
  5. Terdapat aktiviti Gunung Berapi dan Gempa Bumi kerana terletak di Lingkaran Api Pasifik seperti Jepun/Filipina/Indonesia/Myammar .

Banjaran di Benua Asia

1. Pusat Perbanjaran Pamir
2. Banjaran Himalaya (puncak tertinggi di dunia terletak di sini)
3. Arakan Yoma
4. Banjaran Barisan
5. Banjaran Karakoram (Gunung K2 terletak di sini)
6. Banjaran Kunlun & Nan Shan
7. Banjaran Elburz
8. Tian Shan
9. Hindu Kush
10. Banjaran Sulaiman
11. Banjaran Zegros
Jenis Gunung Lipat Ciri-ciri

Lipat Muda

Lipat Tua

Dataran Tinggi di Benua Asia

Dataran Ciri-ciri
Dataran Tinggi Tibet (Xi Zang)
Dataran Tinggiu Korat
Dataran Tinggi Loes
Dataran Tinggi Deccan

Kegiatan Tempat

Pertanian

Peranginan

Kawasan Tadahan

Perlombongan

Tenaga

Pembalakan

Kawasan Gunung Berapi di Asia terletak khasnya di Lingkaran Api Pasifik disebelah timur dan tenggara benua Asia. Lingkaran api ini melintasi negara-negara kepulauan seperti Jepun , Filipina dan Indonesia. Kawasan-kawasan ini adalah tidak stabil dan kejadian gempa bumi dan letusan gunung berapi kerap berlaku. Terdapat pula gunung berapi di pedalaman Asia seperti di Turki ,Iran ,China Barat dan Utara India.

Kategori yang ketiga ialah Kawasan Tamah Pamah. Tanah pamah ini terdiri daripada lembah-lembah sungai , lembangan antara gunung seperti Lembangan Tarim dan Sichuan , lembangan sungai seperti Lembangan Huang he dan Ganges dan dataran-dataran pantai seperti Dataran Siberia dan Dataran Indo-Ganges.

Kategori yang terakhir ialah Saliran. Kebanyakan sungai di Asia berpunca dari Dataran Tinggi Xizang dan Banjaran Himalaya. Sungai-sungai yang berpunca dari sini membentuk lembangan , dataran mendap dan delta yang luas dan subur.Lembangan sungai seperti Lembangan Tigris-Euphrates yang membentuk Tamadun Mesopotamia , Lembangan Hwang He yang membentuk Tamadun Cina dan Lembangan Indus yang membentuk Tamadun India. Di negara-negara kepulauan seperti Jepun ,Taiwan dan Sri Langka , sungainya adalah pendek dan deras. Sungai-sungai ini berpotensi untuk menjanakan kuasa hidroelektrik. Sungai juga memainkan peranan dalam pengangkutan dan perhubungan. Sungai-sungai di utara seperti Sungai Ob , Sungia Yenisei dan Lena membeku pada musim sejuk.

Saliran di Benua Asia

Negara Sungai Utama Ciri-ciri
China Chang Jiang
Hwang He
Rusia Lena , Yenisei , Ob
Loas , Kemboja , Vietnam Mekong
India Ganges
Bangladesh Brahmaputra
Iraq Tigris , Euphrates
Hosted by www.Geocities.ws

1