"Ke Arah Merealisasikan Perubatan JAWI"

COSCINIUM PLUS

KOD:ZH01   
75BIJI  RM20.00

Ramuan herba ini boleh digunakan untuk mengubati penyakit resdung. Penyakit resdung sering dihubungkan dengan masalah alahan (elergi) kepada beberapa jenis makanan, benda-benda tertentu atau keadaan alam sekeliling seperti cuaca.

Tanda-tanda :-

1. Muka - jerawat, tompok hitam dan bisul muka. 

2. Kepala - rambut gugur, kebotakan, kelemumur, pening dan kesakitan di dahi semasa membongkok. 

3. Telinga - bisol di dalam telinga. 

4. Hidung - hidung tersumbat, selsema, bersin pagi, nafas berbau, tidak dapat merasai aroma makanan dan ada ketumbuhan di dalam hidung. 

5. Mata - berair dan gatal. 

6. Dada - berkahak dan penat (asma). 

7. Gigi - gigi longgar, nafas berbau dan sakit gigi. 

8. Kuku jari - menjadi hitam di pangkal atau seperti dimakan air. 

9. Pembuangan najis - sembelit dan bawasir.

Herba utama yang terkandung di dalam Coscinium Plus ini adalah akar mengkunyit (Coscinium blumeanum), yang hidup menjalar dan memanjat dengan ketinggian tidak melebihi 10 kaki. Kandungan Flavonoid yang tinggi menjadikan herba ini sebagai anti oksidan yang dapat mengurangi pengeluaran histemin dan zat-zat elergi yang lainnya, membantu meningkatkan kadar vitamin C dalam tubuh untuk melindungi kerusakan sel akibat radikal bebas serta menguatkan sendi.

Coscinium Plus termasuk herba jenis panas. Oleh kerana itu gunakan dos yang rendah terlebih dahulu terutama bagi mereka yang belum biasa dengan herba. 

Bagi mereka yang mempunyai jerawat atau tompok hitam, herba ini boleh disinergikan dengan herba lain seperti Bedak Jasmin, Bedak Tompok Hitam, Ficus dan lain-lain yang berkaitan.

Herba ini juga dapat menghilangkan sakit pinggang dan gatal-gatal badan. Untuk mendapat kesan yang maksima, pesakit digalakkan menggunakan herba ini bersama Teh Herba

Sekiranya terdapat reaksi awal (DOC) seperti simtom yang lebih teruk, teruskan pengambilannya hingga sembuh dengan menggunakan dos yang lebih rendah, sebaik-baiknya dengan berpantang terhadap makanan yang mendatangkan elergi.

Cara pemakanan Herba Coscinium yang terbaik :-

1.     Kanak-kanak dibawah umur 8 tahun. 

        Ambil 1biji sahaja pada waktu malam dan minum dengan air suam.

        Boleh mengambil herba ini dengan dibukakan kapsulnya dan dicampurkan dengan air susu.

2.     Peringkat umur 8 hingga 18 tahun. 

        Ambil 2 biji sahaja pada waktu malam. Jadikan Teh Herba sebagai minuman harian.

3.     Alahan yang serius.

        Ambil 2 biji pada waktu pagi dan 2 biji pada waktu malam.

        Minum air rebusan Fisalin-B. 1cawan lompang 3 kali sehari.

        Amalkan minum Madu Asli.

" Sesungguhnya Allah S.W.T tidak menurunkan sesuatu penyakit itu melainkan diiringi dengan penawarnya"
 
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
"Bagi Setiap penyakit ada ubatnya, maka apabila ubat itu sesuai untuk sesuatu penyakit, akan sembuh dengan izin Allah"
LAMAN UTAMA
Hosted by www.Geocities.ws

1