"Ke Arah Merealisasikan Perubatan JAWI"

MADU ASLI HPA

PENGENALAN

Madu Asli HPA diambil dari Timur Tengah (padang pasir) di mana kadar kelembapan airnya di bawah 20%. Madu ini diambil dari lebah yang mengambil manisan dari pokok kurma, tin dan zaitun dan amat baik untuk dijadikan makanan kesihatan kerana kualitinya yang tinggi.

Firman Allah SWT di dalam Al-Quran yang bermaksud: " ... Dari perut lebah itu keluarlah minuman (madu) yang berlainan warnanya, di dalamnya terdapat penawar yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir." (Surah An-Nahl, Ayat 69) 

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam juga ada berpesan maksudnya: "Gunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan Al-Qur'an." (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Terdapat beberapa hadis sahih yang menceritakan bahawa para sahabat menggunakan madu sebagai ubat. Rasulullah sendiri menjadikan madu sebagai amalan dengan mengambilnya sebelum sarapan pagi yang dicampurkannya bersama air. Pakar-pakar pemakanan kesihatan telah membuktikan amalan sedemikian ini dapat membantu di dalam proses penghadaman.

KELEBIHAN MADU

Orang yang minum madu sebagai makanan tambahan harian akan memiliki kekuatan fizikal dan mental melebihi orang lain.
Makanan untuk orang yang sakit/uzur kerana mudah serap ke dalam salur darah dan memberikan tenaga segera.
Madu adalah makanan yang mudah dihadamkan oleh perut dan memudahkan fungsi hati dan buah pinggang kerana madu tidak mendatangkan kotoran atau benda beracun.
Madu juga digunakan untuk menyembuhkan penyakit kulit seperti jerawat, gatal-gatal, luka, terbakar, bisul, kurap serta untuk kecantikan kulit dengan cara menyapukannya ke tempat tersebut.
Pengamalan madu akan mmpercepatkan kebolehan kanak-kanak untuk berjalan malah madu telah dicuba untuk rawatan pada kanak-kanak lumpuh dengan pengambilan 150gm/hari lebih dari 40 hari telah menunjukkan perubahan yang menakjubkan.
Madu mengandungi mineral dan vitamin yang diperlukan oleh tubuh dan cepat memberi tenaga.

Di samping itu dengan memakan madu juga boleh menyembuhkan batuk yang menganggu dan boleh mencegah daripada kekejangan pada otot tubuh khususnya pada bahagian kaki. Dalam perubatan tradisional, madu telah dimanafaatkan untuk menahan luka-luka terbakar pada kulit. Jika disapukan madu akan dapat mengurangi rasa sakit yang menyengat dan mencegah terjadinya melecur dan cepat sekali menyembuhkan kawasan yang terbakar. Di samping itu banyak lagi penyakit yang boleh sembuh misalnya hidung tersumbat, anak yang kencing malam dan sesuai untuk kanak-kanak yang baru lahir.

SINERGI DENGAN PRODUK HPA

  1. Madu + Alac - untuk pecahkan batu karang, melawaskan kencing dan membersihkan buah pinggang.
  2. Madu + Teh Herba - sebagai makanan kesihatan harian.
  3. Madu + Coscinium - rawatan resdung yang serius.
  4. Madu + Radix - kesuburan dan tenaga kelakian.
  5. Madu + Paramaria Plus - untuk kesihatan wanita.

 

" Sesungguhnya Allah S.W.T tidak menurunkan sesuatu penyakit itu melainkan diiringi dengan penawarnya"
 
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
"Bagi Setiap penyakit ada ubatnya, maka apabila ubat itu sesuai untuk sesuatu penyakit, akan sembuh dengan izin Allah"
LAMAN UTAMA
Hosted by www.Geocities.ws

1