Ke Arah Merealisasikan Pengubatan JAWI

SISTEM PENGHADAMAN

PENGENALAN

Penghadaman ialah satu proses penghancuran atau pengisaran makanan secara fizikal, kemudiannya diikuti dengan beberapa proses kimia bagi memecahkan molekul makanan yang kompleks menjadi molekul atau elemen yang lebih halus dan terasing bagi memudahkan proses penyerapan. Bahan yang tidak dapat dimanfaatkan atau dipecahkan akan dibuang menerusi proses seterusnya yang dikenali sebagai penyingkiran.

PENGHADAMAN

Penghadaman bermula apabila makanan memasuki tubuh menerusi mulut. Poses ini juga turut melibatkan organ-organ lain seperti kelenjar liur, hati, pundi hempedu dan pankerias.

Mulut

Dalam mulut, makanan dipotong serta dikunyah oleh gigi dengan bantuan air liur yang melembutkan makanan dan memecahkan beberapa karbohidrat tertentu. Selepas kunyahan ditelan, gumpalan makanan yang dipanggil bolus memasuki kerongkong.

Kerongkong

Makanan dalam bentuk bolus dibawa ke perut melalui kerongkong menerusi gerakan peristalsis.

Perut

Cecair gastrik yang dibebaskan oleh dinding perut terus menguraikan secara pengisaran terutamanya ke atas bahan-bahan protein dalam makanan dengan tindakbalas asid hidroklorik serta enzim penghadaman pepsin kepada peptid. Makanan kekal di dalam perut sehingga ia berubah menjadi elemen separa cair yang dikenali sebagai chyme sebelum ia memasuki duodenam.

Usus kecil (Duodenum)

Sepanjang duodenum yang panjangnya 30 cm, makanan terus diuraikan lagi oleh enzim penghadaman daripada pundi hempedu dan pankerias, juga cecair dari dalam usus kecil itu sendiri kepada bentuk makanan yang lebih halus lagi.

  Kelenjar Fungsi Enzim Hasil
1 Hempedu Menyerap dan menguraikan lemak Lemak halus (droplet)
2 Pankerias amylase bertindak ke atas kanji.

lipase bertindak ke atas lemak.

trypsin betindak ke atas protein.

Dextrin dan maltose

Fatty acid dan gliserol

Acid amino

3      

Usus kecil (illium)

Di dalam illium sepanjang 6 meter ini, enzim-enzim tambahan yang dirembeskan oleh kelenjar-kelenjar di sepanjang usus kecil melengkapkan proses penghadaman. Nutrien-nutrien diserap menerusi dinding usus dan dihantar ke rangkaian pembuluh darah dan pembuluh limfa yang terdapat di sekitar usus. Manakala bahan-bahan yang tidak terhadam dibawa ke usus besar.

Usus besar

Air di dalam bahan-bahan yang tidak terhadam akan diserap di sepanjang usus besar, manakala bakinya akan memasuki rektum.

Rektum

Bahan-bahan sisa yang tidak terhadam akan dihantar bahagian akhir usus besar dan seterusnya dibuang keluar sebagai najis menerusi dubur.

PENYERAPAN

Penyerapan ialah satu proses apabila air, garam dan hasil pencernaan unsur makanan dari lumen usus diserap melalui membran ke dalam sel mukosa usus dan seterusnya ke dalam sistem peredaran darah untuk diedarkan kepada tisu sasaran di dalam tubuh. Sekiranya sistem yang terlibat dalam proses penyerapan ini rosak, maka nutrien tidak akan dapat disalurkan kepada sel-sel secara berkesan.

Pada tubuh manusia, kebanyakan penyerapan berlaku di dalam usus kecil.  Secara umumnya, usus tidak boleh menyerap molekul yang lebih kompleks daripada gula heksosa (glukosa, fruktosa dan galaktosa), asid amino, asid lemak dan gliserol. Untuk memudahkan penyerapan hasil pencernaan, dinding usus telah dijadikan oleh Allah S.W.T. mempunyai permukaan yang luas bagi membolehkan penyerapan berlaku dengan lebih berkesan. Ciri-ciri dinding usus yang diperlukan termasuk:

usus yang panjang
mempunyai beribi-ribu vilus pada permukaan dinding dalam usus kecil dan duodenum
mempunyai beribu-ribu mikrovilus pada setiap sel mukosa dinding usus.

Tambahan pula, usus kecil mempunyai sistem kapilari darah yang luas supaya hasil pencernaan boleh diangkut dengan cepat dari tapak serapan ke hati melalui venal portal hati.

Nutrien yang diserap ke dalam sistem peredaran darah, sebahagian besarnya akan dibawa ke hati melalui vena portal dan dari situ nutrien akan diedarkan ke tisu-tisu lain. Lemak yang masuk ke dalam sistem limfa akan dibawa masuk ke dalam duktus toraks dan kemudian ke dalam peredaran vena.

Sebaik sahaja nutrien-nutrien masuk ke dalam tisu, satu proses osmosis berlaku dimana nutrien di dalam salur darah yang berada pada kepekatan tinggi akan diserap oleh sel-sel yang berada pada kepekatan rendah. Begitu juga akan berlaku perpindahan oksigen daripada salur darah kepada sel mengikut cara yang sama walaupun mekanismanya agak rumit.

Nutrien dan kegunaan

Bil

Nutrien

Keterangan
1 Karbohidrat Diserap dalam bentuk glukosa, galaktosa dan fruktosa. Glukosa dan galaktosa diserap 2kali lebih cepat daripada fruktosa. Sumber tenaga.
2 Gula monosakarida Diserap secara pengangkutan aktif bertentangan dengan cerun kepekatan.
3 Protein Diserap dalam bentuk asid amino dan dipeptida melalu pengangkutan aktif. Untuk pembinaan enzim dan komponen struktural bagi sel.
4 Lemak Diserap dalam bentuk asid lemak dan gliserol dan juga sebagai titisan lemak. Digunakan untuk sumber tenaga dan pembinaan molekul biologikal.
5 Vitamin dan garam mineral Diserap dalam bentuk asal, iaitu tidak dicernakan. Digunakan untuk proses metabolisme.
6 Antioksidan Melawan oksidasi dan radikal bebas, anti kanser.
7 Fitokimia Memelihara kesihatan
     

ASIMILASI

Asimilasi ialah proses menggabungkan hasil pencernaan atau nutrien yang mudah kepada juzuk-juzuk kompleks dalam hidupan. Proses asimilasi tidak semestinya berlaku selepas penyerapan kerana bahan yang diserap ke dalam kapilari darah usus dibawa oleh vena portal hepar ke hati untuk diproses dan disediakan bagi kegunaan metabolisme atau asimilasi.

Kebanyakan gula ringkas ditukarkan kepada glikogen untuk disimpan di dalam hati dan otot, dan yang lain diedarkan ke seluruh tubuh untuk respirasi sel. Glikogen yang berlebihan ditukar kepada lipid yang disimpan dalam pelbagai tapak simpanan lipid (lemak).

Gliserol dan asid lemak diangkut ke tapak simpanan lipid dalam bentuk titisan lipid dan sebahagiannya sebagai fospolipid. Ia disimpan di bawah kulit, disekeliling jantung dan ginjal serta mesenteri. Lipid yang diperlukan oleh sel dikeluarkan dari simpanan dan dibawa ke hati untuk pembinaan komponen sel atau penghasilan tenaga.

Asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk pertumbuhan, pembaikan tisu dan aktiviti rembesan diedarkan dari hati ke seluruh tubuh melalui sistem peredaran darah; sementara yang berlebihan digunakan untuk menghasilkan kumpulan amino dan bahan kumuh bernitrogen. Ada juga yang ditukarkan kepada asid keto yang kebanyakannya digunakan dalam metabolisme karbohidrat.

Sebahagian vitamin seperti vitamin A, D, K dan B2 boleh disimpan dalam hati; sementara yang lain jika berlebihan akan diproses oleh hati dan ditapis keluar dari darah oleh ginjal.

Metabolisme adalah merujuk kepada satu istilah kolektif bagi segala proses kimiawi yang berlaku di dalam tubuh nmanusia. Metabolisme terbahagi kepada 2 :

katabolik - bahan yang bersifat kompleks diuraikan menjadi unit ringkas; selalunya disertai dengan pembebasan tenaga. Contohnya pembakaran glukosa dalam sel tubuh bagi menghasilkan tenaga dan produk sampingan iaiatu karbon dioksida dan air.
anabolik - bahan yang bersifat komplek dibina daripada juzuk-juzuk yang ringkas; juga biasanya disertakan dengan pembebasan tenaga.Contohnya sintesis protein kompleks daripada asid amino.

 

 

 

Hosted by www.Geocities.ws
GridHoster Web Hosting
1