BAHAGIAN JALAN PROJEK & SENGGARAAN

Nama : Badrul Hisham bin Abdullah (KETUA BAHAGIAN)
Jawatan: Jurutera Awam J3
Alamat Rumah: JKR 58 Jalan Istana Larut, 34000 Taiping
No. Telefon: 8074472
E-mail: [email protected]

               
                                                PENGENALAN BAHAGIAN PROJEK JALAN

Bahagian ini diketuai oleh seorang Jurutera Awam, J3 dengan dibantu oleh dua (2) orang Pembantu Teknik (J5) di samping satu (1) orang Juruteknik Kanan (J6) dan lima (5) orang Juruteknik (J7). Bahagian ini juga mempunyai seorang Pemandu Kenderaan Bermotor dan seorang Pembantu Am Rendah.

Bahagian ini dibahagi kepada dua (2 ) unit iaitu Unit Projek dan Unit Pembangunan Tepi Jalan.

Unit Projek adalah bertanggungjawab bagi melaksanakan projek-projek jalan dan jambatan bagi agensi-agensi pelanggan. Di antara bidang tugasnya termasuklah kerja-kerja ukur, menyediakan dokumen tawaran, dokumen sebutharga, pengawasan dan pengurusan projek-projek.

Unit Pembangunan Tepi Jalan pula bertanggungjawab untuk memproses dan menasihat mengenai perkara-perkara berkenaan kerja-kerja pembangunan tepi jalan termasuk dari perkhidmatan awam seperti STM, LAP, TNB, Esso Gas, Pejabat Daerah, Majlis Perbandaran, Pemaju Perumahan, pengiklan dan juga orang ramai.

Unit ini juga bertanggungjawab untuk memproses permohonan untuk menduduki kuarters-kuarters jabatan dan juga mengawalselia kuarters-kuarters tersebut.

FUNGSI BAHAGIAN JALAN

Melaksanakan projek-projek jalan dan jambatan bagi Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Menyelenggara jalanraya dan jambatan Kerajaan yang sediada ke taraf yang memuaskan.

Berusaha supaya jalanraya-jalanraya yang sediada dinaikkan taraf terutamanya dari segi kemudahan dan keselamatan mengikut keperluan.

Menyemak dan mengulas pelan-pelan pembangunan sektor swasta yang melibatkan jalan di dalam bidang kuasa JKR.

Menyediakan utiliti dan pengangkutan apabila orang ramai memerlukannya seperti ketika musim kemarau dan banjir.

Memberi khidmat nasihat teknikal kepada agensi-agensi Kerajaan dan Jabatan-jabatan Kerajaan lain.

 

PIAGAM PELANGGAN BAHAGIAN JALAN

 

               
                                                  
PENGENALAN BAHAGIAN JALAN SENGGARAAN

Bahagian Jalan (Senggara) ini bertanggungjawab menyenggarakan Jalan-Jalan Persekutuan, Jalan-Jalan Negeri, Pembetung dan Jambatan yang merangkumi kawasan-kawasan operasi iaitu:-

  1. Kawasan Changkat Jering, Kg. Dew dan Matang

  2. Kawasan Trong

  3. Kawasan Changkat Larah dan Batu Kurau

  4. Kawasan Kubu Gajah dan Redang Panjang

  5. Kawasan Daerah Kecil Selama

FUNGSI BAHAGIAN JALAN SENGGARAAN

 

 

ORGANISASI
BAHAGIAN JALAN SENGGARAAN

Jabatan Kerja Raya Larut Matang & Selama diketuai oleh seorang Jurutera Daerah (J2) manakala bahagian Senggaraan Jalan diketuai oleh Pembantu Kejuruteraan Jalan (J4) dengan dibantu oleh Juruteknik-Juruteknik, Pencatat Masa, Pelukis Pelan Rendah, Pembantu Am Rendah, Tukang Simen, Tukang Kayu, Tukang Cat, Pemandu, Pemandu Jentera, Pemandu Penggelek, Mandor, Jaga dan Pekerja Rendah Awam. Carta Organisasi Bahagian Senggaraan Jalan adalah seperti berikut:-

 

Jurutera Daerah

Tuan Haji Hasan b Long Ahmad

 

Jurutera Jalan

En. Badrul Hisham b. Abdullah

Pembantu Kejuruteraan Jalan

En. Omardin b. Md. Yusuf

 

Juruteknik:

En. Mahtar b. Din
En. Ramasamy a/l Subramaniam
En. Md. Radzi b. Ismail
Pn. Rosidah bt. Hassan Basri
En. Mohd. Aris b. Ali
En. Abdul Hadi b. Omar
En. Mohd. Fuaat b. Mohd. Ramli
Tn. Syed Mokhtar b. Syed Harun
En. Mohd. Zefri b. Lat
En. Zainal Abidin b. Awang Kechil
En. Mustafa b Abu Bakar
En. Shaharudin b. Samsudin
En. Muthu Pillai a/l Shanmugam

En. Mohd. Safian b. Ismail

Pelukis Pelan Rendah:

En. Ahmad Zaidi b. Abd. Ghani

 

SENARAI PEGAWAI-PEGAWAI PETUGAS

1. Pembantu Kejuruteraa Jalan
(Ketua Bahagian Senggaraan
1 orang
2. Juruteknik  14 orang
3. Pelukis Pelan 1 orang
4. Tukang Cat 1 orang
5. Tukang Simen 1 orang
6. Pembantu Am Rendah 1 orang
7. Pemandu Jentera 9 orang
8. Pemandu Kenderaan 20 orang
9. Jaga 2 orang
10. Mandor 1 orang
11. Pekerja Am 87 orang

Jumlah

139 orang

JUMLAH PANJANG JALAN RAYA

Status Jalan

Kelas Dan Panjang Jalan (km)

Jumlah (km)

 

A2 B C D E  
Jalan Persekutuan 92.63 - - - -

92.63

Jalan Industri 6.96 - - - - 6.96
Jalan Lapangan Terbang 0.44 - - - - 0.44
Jalan FELDA 16.94 - - - - 16.94
Jalan Stesen Mikro 8.07 - - - - 8.07
Jalan Masuk Bangunan Perubatan 5.99 - - - - 5.99
Jalan Masuk Bangunan Pelajaran 4.36 - - - - 4.36
Jalan Masuk Bangunan Lain 8.82 - - - - 8.82
JUMLAH 144.21 - - - - 144.21
 
Jalan Negeri 260.17 - - - - 260.17
Jalan Masuk Bangunan Negeri 17.84 0.43 - - 2.30 20.57
Jalan Kg. Baru 22.74 0.25 - - 0.66 23.65

JUMLAH

300.75 0.68 - - 2.96 304.39
 
Nota: Kelas A2 - Tambak Batu Berbitumen
Kelas B - Tambak Berpadat Air
Kelas C - Tambak Keras Berlapisan
Kelas D - Tambak Keras Berpadat Air
Kelas E - Tambak Tanah

 

JUMLAH STRUKTUR JAMBATAN DAN PEMBETUNG

Status Jalan Jambatan Pembetung Jumlah
Persekutuan 39 149 188
Negeri 119 695 814
Jumlah 158 844 1002

Laporan Tahunan Senggaraan Jalan Tahun 2002 dalam PDF

Hosted by www.Geocities.ws

1