[Utama][Sign Guestbook][View Guestbook][Website PBTM]

Kandungan

Anda adalah pengunjung ke

69 PEMUDA KETURUNAN THAI SERTAI UMNO

BALING, 16 Sept -- Sebanyak 69 pemuda keturunan Thai menyertai UMNO dengan keyakinan tinggi iaitu hanya parti itu sahaja yang mampu membawa kemajuan kepada semua kaum di negara ini.

Menurut Ketua Penaja Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Thai Tas dekat sini, Sonan a/l Somchai 23, lebih menggembirakan mereka apabila pucuk pimpinan UMNO melantik menteri Besar Kedah, Datuk Seri Syed Razak Syed Zain menjadi Ketua UMNO Bahagian. 

Kami sebelum ini pun sudah menerima banyak kemajuan hasil sumbangan UMNO dan penubuhan Pemuda UMNO cawangan memantapkan lagi kekuatan UMNO di bahagian itu, katanya.

Penubuhan Pemuda UMNO cawangan tersebut turut melenyapkan impian sebuah parti pembangkang untuk menarik sokongan penduduk keturunan Thai menyertai parti mereka.  Pada majlis itu, Sonan turut menyampaikan borang keahlian UMNO kepada Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Baling, Mohd. Taufek Yaakob. 

Menurut Sonan, pemuda keturunan Thai sentiasa yakin dengan kemampuan UMNO untuk memberi peluang kepada semua bangsa. Apatah lagi kepimpinan UMNO Bahagian Baling mendapat kepercayaan pimpinan parti melantik Menteri Besar sebagai ketua, katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Taufek berkata, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Baling akan terus meningkatkan usaha menambah keahlian bagi menghidupkan semula cawangan yang tidak aktif. Menurutnya, antara cawangan Pergerakan Pemuda yang sedang menunggu untuk ditubuhkan termasuklah Pemuda cawangan Kampung Memali.

Penubuhan UMNO cawangan Memali kelak akan memberi satu tamparan hebat kepada parti pembangkang kerana kawasan itu merupakan lubuk mereka, katanya. 

-- Utusan Malaysia pada 17 Sept. 2001 

on 19-12-02
Di bawah ini adalah pautan laman web yang menarik untuk dikunjungi.

 

 


[Pengenalan][Biodata][Masyarakat][Agama][Kebudayaan][Keratan Akhbar][Artikel][Alamat Wat][Galeri Foto][Buku Pelawat]

Copyright © 2002 manitc6, Hakcipta Terpelihara. Hubungi Webmaster.
Hosted by www.Geocities.ws

1