[Utama][Sign Guestbook][View Guestbook][Website PBTM]

Kandungan

Anda adalah pengunjung ke

TARAF HIDUP MASYARAKAT SIAM DI KEDAH AKAN DITINGKATKAN

Syed Razak Syed Zain tertarik dengan pakaian kebudayaan Siam semasa menghadiri majlis Mesra Rakyat Bersama Masyarakat Siam Kedah di Watt Siam Padang Sera, Kedah Semalam.

JITRA 23 Okt. -- Masyarakat keturunan Siam di Kedah tidak lagi merasa tersisih apabila kerajaan negeri memberi perhatian bagi meningkatkan taraf hidup mereka.

Sebagai langkah awal, semua pegawai daerah, diminta bertindak proaktif melaporkan perkampungan masyarakat Siam yang tertinggal dari aspek pembangunan di daerah masing-masing.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Syed Razak Syed Zain berkata, tindakan tersebut perlu bagi memastikan perkampungan Siam juga mendapat pembelaan setanding dengan perkampungan masyarakat lain.

'Pejabat daerah akan diminta memberi laporan kampung yang perlu dibangunkan selain permohonan daripada ketua-ketua masyarakat Siam,' katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Mesra Rakyat Bersama Masyarakat Siam di Wat Siam Padang Sera, dekat sini, petang semalam.

Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Datuk Fong Chok Gin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat Siam Kedah dan Pengerusi Persatuan Siam Malaysia, Senator Datuk Cherern Intachat.

menurut Syed Razak, bagi merealisasikan hasrat tersebut, Pejabat Menteri Besar sendiri akan bertanggungjawab menyalurkan peruntukan yang diperlukan.

'Masyarakat Siam diakui berperanan sebagai penyokong kuat kerajaan kerana itu mereka berhak menerima peruntukan,' tegas beliau.

Pada majlis yang sama, Menteri besar turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM20,000 kepada Yayasan Pendidikan Masyarakat Siam bagi membantu meningkatkan taraf pendidikan golongan minoriti tersebut.

'Saya juga bercadang untuk menjadikan perjumpaan mesra seperti ini sebagai agenda tahunan. Melalui perjumpaan ini, saya harap mereka dapat memaklumkan masalah mereka,' katanya.

Kini lebih 30,000 orang Siam menetap di Kedah.

-- Utusan Malaysia, Ruangan Utara, 24 Oktober 2001, ms. 26 

on 19-12-02
Di bawah ini adalah pautan laman web yang menarik untuk dikunjungi.

 

 


[Pengenalan][Biodata][Masyarakat][Agama][Kebudayaan][Keratan Akhbar][Artikel][Alamat Wat][Galeri Foto][Buku Pelawat]

Copyright © 2002 manitc6, Hakcipta Terpelihara. Hubungi Webmaster.
Hosted by www.Geocities.ws

1