|
Kandungan |
MASYARAKAT SIAM SOKONG CALON BN DI PENDANG Pendang 1 Julai –
Masyarakat Siam di daerah ini akan menyokong calon Barisan Nasional (BN) dalam
pilihanraya kecil Parlimen Pendang bagi memastikan pembangunan menyeluruh dapat
dilaksanakan. Pengerusi Penyelaras
Masyarakat Siam Pendang, Ee Oon @ Edin Chok Edin Proot berkata, pihaknya tidak
teragak-agak menyokong kepimpinan kerajaan BN kerana yakin hanya parti itu dapat
meningkatkan taraf hidup mereka. Kami ingin menyatakan
sokongan padu kepada calon yang diletakkan oleh BN. Jangan diragui kesetiaan
kami kerana bukti yang nyata telah ditunjukkan pada pilihanraya-pilihanraya lalu,
katanya. Beliau menyatakan
demikian ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Masyarakat Siam dengan Menteri
Besar Kedah, Datuk Seri Syed Razak Syed Zain di Wat kampung Titi Akar di sini,
petang semalam. Pada majlis tersebut,
kerajaan negeri turut memberi bantuan sebanyak RM300,000 kepada wat terbabit
bagi tujuan menyiapkan Sekolah Bahasa Siam yang sedang dalam proses pembinaan. Sambil berharap kerajaan akan terus memberi perhatian yang sewajarnya kepada masyarakat Siam, Edin Chok menegaskan, tidak ada parti lain yang dapat menandingi keprihatinan seperti ditunjukkan oleh UMNO dan BN. Sumber: Utusan Malaysia, July 02 , 2002. |
|
|