INFO Links    
 
      *Road to succes
      *Bina Diri Menjadi Pelajar Cemerlang
      *Study Tips
 

      ---------------------------------------------------------------------------------------------

      Kata-Kata Motivasi
 
 
       Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat.
       - Charles Cahier 

       Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.
       - Charles Cahier

       Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah
       kesan langsung pemikirannya.
       - James Allen 

       Menyimpang seinci, rugi seribu batu.
       - Peribahasa Cina 

       Rahsia kejayaan adalah ketekalan matlamat.
       - Benjamin Disraeli 

       Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain.
       - I. Salanter Lipkin 

       Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan
       kualiti yang baik dalam perbuatannya.
       - Aristotle 

       Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.
       - Albert Camus
 

       Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.
       - Marcus Aurelius      

       Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.
       - Jose Joaquin Olmedo   

       Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan
       kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak
       menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke
       akhir hayat.
       - Joseph Conrad 

       Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.
       - William J. Siegel 

       Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah.
       - Philip Massinger 

       Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.
       - Lao Tze 

       Kegagalan adalah asas kemenangan
       - Lao Tze
 

       Jika tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah.
       - Lao Tze 

       Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding
       kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.
       - Flower A. Newhouse 

       Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.
       - Samuel Johnson 

       Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya
       dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.
       - Cecil B. DeMille
 

       Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak
       mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.
       - Peribahasa Arab 

       Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
       - Peribahasa Melayu

       Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan
       tindakannya.
       - Confucius
 

       Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah
       melakukan satu kesalahan lagi.
       - Confucius
 

 

[ HOME , ,GALERY ]
 
 
 
  BACK


 
 
 
 
 
Hosted by www.Geocities.ws

1