ban_ipoh.gif (20KB)
Amanah Berkhidmat Ikhlas Dedikasi Kompetensi Asas Kecemerlangan





Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Negeri Perak secara umumnya bertanggungjawab mengutip cukai tidak langsung seperti:-

  • Duti Import
  • Duti Eksport
  • Duti Eksais
  • Cukai Jualan
  • Cukai Perkhidmatan
  • Levi Keuntungan Luar Biasa
Jabatan juga memberi fasilitasi kepada sektor perindustrian dan pelancungan yang sedang pesat di Negeri Perak. Jabatan juga berperanan mengawal kehilangan hasil negara


cegahi penyeludupan.gif (7KB)


BAHAGIAN CUKAI DALAMAN, IPOH

Aktiviti Cukai Dalaman semakin berkembang pesat selaras dengan pertumbuhan Ekonomi negeri, pengilang-pengilang baru semakin bertambah dari semasa ke semasa. Ini menyebabkan bilangan pemegang Lesen Cukai Dalaman yang terdiri dari Lesen Cukai Jualan, Cukai Perkhdimatan dan Eksais semakin bertambah.

Hala cara belanjawan tahunan telah memberikan insentif yang mendorong kepada pertumbuhan sektor perkilangan menjadi semakin pesat berkembang. Disamping itu dasar belanjawan telah menyebabkan skop percukaian khususnya yang melibatkan Cukai Perkhidmatan semakin diperluaskan di mana sektor-sektor profesional terlibat.

Perkembangan Ekonomi yang pesat telah menyebabkan peningkatan dalam aktiviti pengeluaran barangan dan perkhidmatan. Ini juga menyebabkan pertambahan pemegang-pemegang lesen yang perlu dikawal

Bahagian Cukai Dalaman Ipoh diketuai oleh seorang Penolong Kanan Pengarah Kastam. Cawangan ini dibahagikan kepada 4 unit utama :

  • Unit Kawalan/Penguatkuasaan Pelesenan
  • Unit Kawalan Pungutan
  • Unit Kawalan Kemudahan
  • Unit Remisi dan Pelupusan


Links

Kastam Malaysia
Kastam Perak

Tugas-tugas di setiap unit adalah seperti berikut :

A. Kawalan / Penguatkuasaan Pelesenan

  • Mengambil tindakan susulan ke atas fail-fail pelesen baru yang diterima daripada Pusat Pelesenan Bersetempat dan Kawalan Kemudahan
  • Memberikan khidmat nasihat kepada pelesen-pelesen dan bakal-bakal pelesen
  • Memproses dan meluluskan permohonan membaharui lesen eksais dan petroleum
  • Memproses dan meluluskan permohonan pindaan dan pengubahsuain premis, penggantungan dan pembatalan lesen
  • Melaksanakan aktiviti-aktiviti penguatkuasaan dan siasatan ke atas kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pelesen
  • Menjalankan operasi pengesanan orang kena cukai melalui "Street Survey"
  • Menganggotai lembaga Pelesenan untuk membuat ke atas permohonan Lesen Rumah Awam dan Rumah Bir
  • Memastikan stok keluaran siap petroleum yang disimpan dalam tangki-tangki yang telah diluluskan.
  • Memastikan segala peraturan dan perintah-perintah yang telah ditetapkan adalah dipatuhi dan diikuti sepenuhnya oleh pelesen
  • Mengambil tindakan mahkamah (jenayah)

B. Kawalan Pungutan

  • Memproses pungutan Cukai Jualan, Cukai Perkhidmatan, Duti Eksais, Petroleum Dan Levi Keuntungan Luar Biasa
  • Menyelenggara rekod pungutan dengan kemaskini dan menyediakan penyata pungutan
  • Mengeluarkan bil-bil tuntutan ke atas kes-kes kurang pungutan
  • Mendaftar dan merekodkan jaminan bank
  • Penyeliaan kesyer Cawangan Perakaunan Hasil
  • Mengesahkan tuntutan pulang balik

C. Kawalan Kemudahan

  • Memproses dan meluluskan permohonan mengimport / membeli bahan mentah / komponen bebas dari cukai jualan
  • Memproses dan meluluskan permohonan di bawah Sistem Kredit dan lain-lain bentuk kemudahan dan pengecualian
  • Memproses dan meluluskan permohonan pemusnahan bahan mentah yang diperolehi melalui kemudahan pengecualian cukai
  • Memproses permohonan tukar kegunaan tangki minyak petroleum
  • Memproses permohonan menukar gred minyak petroleum
  • Memproses permohonan subsidi petroleum dari pelesen
  • Memproses permohonan untuk membaiki dan pemasangan meter petroleum baru
  • Memproses permohonan untuk membawa minyak tercemar ke premis kilang untuk diproses semula

D. Remisi dan Pelupusan

  • Memproses permohonan remisi ke atas Cukai Jualan, Cukai Perkhidmatan dan Penalti
  • Menyediakan laporan-laporan hapuskira bagi hutang lapuk dan tindakan-tindakan sivil.
  • Memonitor tindakan-tindakan untuk menangani kes-kes ABT.
  • Memproses permohonan bayaran cukai/penalti secara ansuran

No. Telefon Pejabat: 05-5274253 Sambungan 154


Links

Kastam Malaysia


[Pengurusan] [Kastam] [Pencegahan] [Stesen Kastam] [Kastam Perak]


Penafian:
Laman ini disediakan untuk kemudahan orang ramai dan memandangkan sifat-sifat media ini, hanya undang-undang, peraturan atau notis terkini yang bercetak sahaja dianggap rasmi.

Copyright © 2004 Kastam Perak. Hakcipta Terpelihara.

Hosted by www.Geocities.ws

1