4.4 Teori ion
 
1. Daripada perkembangan teori –teori yang dikemukakan, akhirnya satu teori ion diterima.
2. Menurut teori ini, elektrolit terdiri daripada sebatian ionik yang lebur atau yang terlarut dalam
    air.
3. Apabila dilebur atau dilarutkan dalam air, sebatian ionik terurai kepada ion positif dan ion
    negatif.
    Misalan:
a)    Natrium klorida
        Apabila dilarutkan dalam air ,natrium terurai kepada ion Na+ dan ion Cl-.
                        NaCl(p) " Na+(ak) + Cl-(ak)
b)     Plumbum(II) oksida
        Apabila dilebur, plumbum(II) oksida terurai kepada ion Pb2+ dan O2-.
                        PbO(p) " Pb2+(ce) + O2-(ce)
4. Terdapat setengah sebatian kovalen boleh membentuk elektrolit apabila dilarut dalam air.
    Misalan:
a)      Hidrogen korida, HCl
         Apabila dilarutkan dalam air, hidrogen klorida membentuk ion hidrosonium H3O+ dan
        ion klorida,Cl- yang bebas bergerak.
                         HCl + H2O " H3O+ + Cl-
b)       Ammonia, NH3
          Apabila dilarutkan dalam air ammonia membentuk ion ammonium, NH4+ dan ion
         hidroksida, OH- yang bebas bergerak.
                                        NH3 + H2O " NH4+ + OH-
5. Kekonduksian elektrolit disebabkan oleh pergerakan ion-ion. Ion-ion positif bergerak ke
    katod semasa elektrolisis. Ion-ion negatif pula bergerak ke anod.
    Misalan:
    Dalam elektrolisis kalium iodida lebur, ion-ion kalium, K+ tertarik kepada katod manakala
     ion-ion iodida, I- tertarik kepada anod.
 
6. Teori ion digunakan bagi menerangkan kekonduksian elektrik dalam sebatian pepejal.
7. Arus elektrik tidak mengalir dalam sebatian pepejal.
8. Dalam keadaan pepejal, ion-ion tidak bergerak dengan bebas tetapi bergetar pada
    kedudukannya. Ino-ion ini dipegang oleh daya elektrostatik, seperti dalam pepejal natrium
    klorida.
9. Apabila pepejal dileburkan atau dilarutkan dalam air, ion-ion positif dan negetif di dalam
    dibebaskan.
10. Pergerakan ion-ion ini yang menyebabkan pengaliran arus elektrik.
 
 
 
 
 
 
Muka Surat Seterusnya (page 4)  - Sila klik di sini
 
 
 
 
 
 
Perkataan atau frasa yang diwarnakan biru - frasa penting yang perlu diingat kerana soalan 
SPM sering berpandukan isi tersebut.
 
Persamaan yang diwarnakan ungu - persamaan kimia yang perlu dihafal kerana persamaan 
tersebut sering ditanya dalam peperiksaan SPM.
 
Hosted by www.Geocities.ws

1