Info.com

Tajuk Isu

Isu 2

Iklan beras di TV perolok raja Melayu

Laporan HELMI MOHD. FOAD dan HAMDEN RAMLI
KUALA LUMPUR 15 Nov. - Seorang penyokong kerajaan meminta iklan Padiberas Nasional Bhd. (Bernas) di televisyen yang memaparkan seorang raja memilih beras keluaran syarikat itu untuk diterima sebagai ufti dihentikan kerana ia disifatkan sebagai satu tindakan yang memperolok-olokan raja-raja Melayu.

Datuk Badruddin Amiruldin (BN-Jerai) berkata, syarikat berkenaan tidak boleh memperalatkan raja-raja Melayu untuk menjual beras keluaran syarikat mereka.

``Adakah kita sedar syarikat berkenaan telah memperolok-olokan raja dengan membuat iklan beras yang kini disiarkan di televisyen tempatan. Kita tidak boleh peralatkan raja, menjatuhkan imej raja,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika bangun mencelah perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2006 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani oleh Datuk Bung Moktar Raden (BN-Kinabatangan) pada Persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Iklan tersebut memaparkan seorang sultan di zaman dahulu kala yang dilakonkan oleh Jaafar Onn menghalau rombongan yang mempersembahkan hadiah berupa beras biasa.

Tetapi sultan itu menerima baik satu lagi rombongan yang mempersembahkan beberapa jenis beras keluaran Bernas dengan bersalutkan kain songket yang dianggap lebih bermutu tinggi.

Bung Moktar ketika menyambung perbahasannya menyokong kenyataan Badruddin itu dan meminta syarikat berkenaan menggunakan peluang mengeluarkan iklan komersial secara bijaksana.

``Saya bersetuju dengan Yang Berhormat (Jerai)... tak payah iklan pun tak apa, (beras itu) memang sudah laku,'' katanya.

 

home!!!

Logo Design
Hit Counter


View My Guestbook
Sign My Guestbook

Hosted by www.Geocities.ws

1