PERATURAN DALAMAN KOLEJ KEDIAMANINDEXCARTA ORGANISASIKEMUDAHANFELO KEDIAMANPERATURAN

                  

1.Pelajar Kolej Matrikulasi Johor wajib menetap di kolej kediaman.                                                              

2.Pelajar wajib menetap di bilik yang didaftarkan     

3.pelajar tidak dibenarkan berada di bilik dan di blok kediaman masing-masing dari jam 8.00 pagi sehingga jam 1.00 petang pada hari kuliah                 

4.pelajar tidak dibenarkan berada di luar blok            kediaman masing-masing selepas jam 11.00 malam  

5.had nyala lampu bilik pelajar sehingga jam 12.00    malam kecuali mendapat keizinan dari pengurusan    felo untuk dilanjutkan masa                                        

6.pelajar lelaki tidak dibenarkan memasuki kawasan  kolej kediaman pelajar perempuan dan sebaliknya   

7.pelajar perlu menggunakan premis kolej kediaman dan segala kemudahannya dengan                               cermat,bertanggungjawab menjaga                              kebersihan,keceriaan,kekemasan serta                      menghindarkan sebarang kerosakan                          

8.semua pelajar wajib menggunakan premis kolej      kediaman pada cuti semester dan setelah tamat         peperiksaan akhir semester                                        

 PERATURAN AM

9.Semua pelajar dilarang sama sekali membawa dan menggunakan sebarang dadah,inhalan dan racun

10.Menyalahgunakan ubat batuk,pil khayal,dadah,inhalan,memiliki atau membawa atau menghisap atau mengedar ganja,menyuntik dadah

11.Makanan dan minuman yang dibeli dari luar tidak digalakkan

12.setiap pelajar perlu memastikan bilik penginapan sentiasa dalam keadaan bersih dan kemas setiap hari sebelum ke kuliah atau tutoran atau amali

13.pelajar boleh dikenakan tindakan tatatertib jika membiarkan bilik penginapan kolej kediaman  kotor dan berselerak

14.pelajar dilarang sama sekali memiliki/menyimpan/memelihara sebarang jenis binatang di bilik/blok kediaman/mana-mana premis kolej

15.pelajar bertanggungjawab terhadap kebersihan dan keceriaan bilik-bilik khas seperti bilik tv,bilik rekreasi,bilik tetamu,bilik bacaan,surau blok,bilik gerakan atau mana-mana bilik khas yang disediakan oleh pihak kolej

 

16.pelajar diwajibkan mengenakan cadar tilam serta sarung bantal yang bersih sepanjang masa

17.Buku-buku alat tulis,alat sukan dan lain-lain peralatan perlu disusun dengan kemasdan tidak berselerak

18.pelajar bertanggungjawab memastikan perabot/peralatan yang dibekalkan oleh pihak kolej berada dalam keadaan yang baik

19.penggunaan cat,paku dan sebarang tampalan bersifat kekal di dinding dan perabot adalah dilarang

20.pastikan langsir tingkap kemas dan bersih.perbuatan menanggal,menggulung,mengikat simpul dan menjulur keluar kain lansir adalah tidak dibenarkan

21.kasut,selipar dan sandal perlu disusun dengan kemas dan diletakkan di atas rak kasut yang disediakan oleh pihak kolej di luar bilik kediaman masing-masing

22.tuala hendaklah disidai dengan kemas

23.pakaian basah tidak dibenarkan digantung di dalam bilik.ianya hendaklah digantung di ampaian yang disediakan.pelajar dilarang membuat ampaian tambahan di dalam bilik.