Perjuangan, dasar & matlamat / senarai J/kuasa / Pehimpunan Hak Asasi Melayu (PerHakam) / Berita terkini / Ahli PerHakam / Mesyuarat agung 2001 / Menjadi ahli SNF / Lelaman Utama SNF / keluar
Salam Pengenalan
Barisan Nasional Singapura (SNF)
Singapore National Front atau Barisan  Nasional  Singapura  (SNF)  adalah  sebuah  per-tubuhan siasah Melayu Singapura.

Jawatankuasa  penaja  SNF terdiri dari para karyawan Melayu yang merasakan perlunya sebuah  lagi  pertubuhan  siasah  Melayu  untuk  membela  kepentingan  bangsa  Melayu seperti yang dijamin oleh fasal 152 Perlembagaan Republik Singapura.

Dasar  SNF  ialah  untuk  melindung,   memelihara  dan   memperjuangkan  hak  bangsa Melayu,  sesuai  dengan  kehendak  Perlembagaan  Singapura.   Dan SNF akan bersedia bekerjasama  dengan  mana-mana  badan  politik  mahu  pun  bukan  politik  yang  sedia membela kepentingan bangsa Melayu.
Fasal 152 Perlembagaan Singapura menetapkan:

Pemerintah hendaklah melaksanakan fungsinya
dengan sedemikian rupa untuk mengiktiraf
kedudukan istimewa orang-orang Melayu
yang merupakan bumiputera Singapura
dan sesuai dengan itu
adalah menjadi tanggungjawab pemerintah untuk
melindungi, memelihara,
menyokong, menggalak dan memajukan
politik, pembelajaran, agama, ekonomi, sosial dan budaya
dan bahasa Melayu.
Jawatankuasa Penaja SNF terdiri dari:

Presiden: Ibrahim Ariff (peniaga)
Setiausaha Agung:  Ab. Karim bin Ab. Sattar (pedagang)
Bendahari: Hj. Salleh Mat (pengarah)

Jawatankuasa Eksekutif:
Dr. Raden Supardi bin Raden Budiyono (pengamal Homoeopathy)
Ramli bin Shamsudin (peniaga)
Ab. Rahman bin Ismail (peniaga)
Hjh. Nabesah bt. UK Abdullah (pembekal)
Milah Hj. Bakri (pereka)
Hosted by www.Geocities.ws

1