-Pengenalan
Isi Kandungan 

Soalan-soalan

 

Mel elektronik atau e-mel merupakan salah satu bentuk komunikasi yang paling popular dalam Internet buat masa kini. Dengan mempunyai sebuah komputer peribadi, modem, perisian dan akaun Internet anda boleh menghantar mel anda ke seluruh pelusuk dunia dengan cepat pantas dan murah.

Dengan mel elektronik anda boleh menghantar sebarang mesej untuk rakan, guru atau sesiapa sahaja. Lebih-lebih lagi, anda sebagai seorang pelajar, sudah semestinya kemudahan mel elektronik boleh digunakan untuk anda bertukar fikiran dan pendapat  berkaitan dengan sesuatu tajuk yang anda kurang jelas dan sebagainya. 

Selain dari menghantar mesej anda juga boleh menghantar fail, dokumen, imej, audio dan video dalam bentuk digital dengan melampirkan bersama mel anda. Pelbagai perisian menyediakan perkhidmatan mel percuma seperti, "Eudora", "Outlook Express", "Waumail", "Hotmail", "Yahoo" dan sebagainya. Di antara penyedia perkhidmatan mel elektronik percuma yang paling popular dewasa ini ialah "Yahoo". Dalam 'Yahoo' anda boleh menulis mesej pada alatan tulis, menghantar dan menerima fail lampiran atau menghantar laman web. 
Anda boleh menyimpan senarai alamat rakan-rakan anda dalam buku alamat dan anda boleh menghantar mesej (topik perbincangan) kepada semua rakan-rakan anda hanya sekali klik pada butang "SEND" sahaja.

 

[Peta Konsep][Elektrolit dan Bukan Elektrolit][Teori Ion][Elektrolisis] 
[Mel Elektronik][Jaringan Maklumat Elektrolisis]
 
  
 
 
 
 

 

 
Hosted by www.Geocities.ws

1