-Pengenalan

Isi Kandungan 

Soalan-Soalan

 
 Aplikasi Internet. 
  • Internet ialah suatu rangkaian antarabangsa yang merangkaikan beribu-ribu sistem komputer, sama ada di rumah, pejabat, organisasi atau institusi dengan menggunakan bahasa yang sama. Setiap rangkaian yang disambungkan kepada Iinternet boleh dipecahkan kepada rangkaian yang lebih kecil.
    Aplikasi yang boleh digunakan dalam Internet ialah; mel elektronik, ftp, telnet, berita usenet, gopher, Veronica, Archie, IRC(internet relay chat), MUD(multi user domain), WAIS (wide area information system) dan WWW (world wide web).

 

WWW (World Wide Web atau Web

  • WWW adalah satu istilah yang digunakan untuk menerangkan semua kandungan maklumat dan multimedia yang boleh diperolehi dalam Internet.
  • WWW adalah aplikasi Internet yang paling popular. 
  • Web mengandungi berjuta-juta laman maklumat yang disimpan dalam komputer di seluruh dunia. Web berkebolehan menggabungkan teks, gambar, suara, video animasi dan lain-lain.
  • Komputer dalam Internet berhubung antara satu sama lain menggunakan  bahasa protokol 'http' yang dinamakan pelayan web. Manakala komputer dalam Internet yang boleh mencapai pelayan web dinamakan pelanggan web.

 

Jaringan Maklumat Pendidikan

  • Melalui laman web seseorang pelajar boleh meninjau dan mempelajari sesuatu bahan atau tajuk dengan mudah.
  • Dokumen atau lokasi yang ingin dilihat boleh dimasuki jika alamat URL diketahui. Tiap-tiap dokumen dalam Internet mempunyai sekurang-kurang satu URL yang menentukan lokasinya.
  • Dengan adanya kemudahan Internet dan lebuhraya maklumat, kita dapat berhubung, berbincang dan berkongsi maklumat dalam semua bidang termasuk pendidikan. Konsep pendidikan secara maya dapat diterapkan melalui komputer.  Unitar (Universiti Tun Abdul Razak) sebagai salah sebuah universiti swasta meneroka bidang pendidikan berasaskan Internet.

  • Internet merupakan perpustakaan digital maya, gedung segala maklumat yang boleh dicapai melalui mana-mana komputer dalam masa yang sangat pantas.

 

     

[Peta Konsep][Elektrolit dan Bukan Elektrolit][Teori Ion][Elektrolisis] 
[Mel Elektronik][Jaringan Maklumat Elektrolisis]
 
  
 

 

 

1
Hosted by www.Geocities.ws

1