KASTAM DIRAJA MALAYSIA
Kastam Diraja Malaysia Tetap Berjaya
Pungut Hasil Negara
Penyeludupan Kita Basmikan
Agar Terkawal Hasil Berjuta-Juta
Kakitangan Bertugas
Penuh Minat Serta Penuh Ketabahan
Marilah Kita Bersama-Sama
Memelihara Setiap Masa
Nama Jabatan Kita Megahkan
Amanah Suci Kita Amali
Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Berjasa Pada Nusa
Bergiatlah Kita Teguhlah Negara
|
A.B.I.D
Sebagai Pemungut Hasil Yang Utama
Kakitangan Kastam Diraja Malaysia
Menjunjung Amanah Rakyat Dan Negara
Berikrar Mengamal Etika Mulia
Amanah Berkhidmat Ikhlas Dedikasi
Memimpin Ke Arah Cita-Cita Murni
Agar Terlaksana dan Tercapai Segera
Matlamat Bersih Cekap Amanah
A. B. I. D. , A. B. I. D.
Menjadi Pegangan Kita Semua
A. B. I. D. , A. B. I. D.
Amanah Berkhidmat Ikhlas Dedikasi
Etika Perkhidmatan Kita
Marilah Bersama Bangunkan Negara
Melalui Jabatan Yang Kita Cinta
Hidupkan Semangat A B I D Mulia
Jabatan Kastam Diraja Malaysia
|