MY CERITA
kisah penglibatan dalam membina laman ini

Salam..

    Penglibatan ana dalam membuat laman web, taklah lama, cuma lebih kurang dua tahun. Waktu ana tingkatan 5, timbul minat nak buat website sendiri. Tapi mulanya ana lebih kepada designing layouts and stuff. Emm, mase orang lain sibuk studi bila cuti, ana duk mengadap komputer 24 jam sehari..;)

    Pada awalnya, ana suka main-main dengan Microsoft FrontPage. Kat situ, kita boleh pilih je ape yang kita nak: theme, background color dan lain-lain, tapi tak semenarik buat sendiri. Ana pun tak sempat nak mendalami program tu, sebab I got tired of trying to get my site up into the internet, but failed. Mase tu memang tak tau apa-apa pun sebenarnya ^^;. *nasiblah didi*

    Setelah gagal dalam FrontPage, ana tak buat website lagi untuk satu jangka masa, tapi ana cari wallpaper untuk komputer ana ni, dari Islamic punye sampailah animasi. Ana pun dapat tau yang bahawa kalau kreatif, boleh design wallpaper sendiri.. dan dari satu website (ana lupa yang mana satu), ana terjumpa link untuk download trial version bagi program Jasc Paint Shop Pro 7.0, which is very useful but lasted for only 6 months.. nama pun trial version, kan =)

    Rupa-rupanya program PSP7 tu lebih berguna untuk design laman web, as I found out later waktu tengah cari maklumat camner nak guna program tu. Agaknya, mase tulah ana jumpa macam-macam tutorial sites kat internet, dan bil telefon meningkat secara mendadak setiap kali ana balik umah ^^'. Tapi bagi ana, berbaloilah jugak kena marah tu ^_-.

    Kalau tak silap, mula-mula sekali, ana jumpa laman Magitek-Design. Sebenarnya site ni menyediakan layout percuma untuk di download.. Walaupun mase tu tak jelas tujuan layout tu sumer, ana download jugak mane2 yang berkenan di hati.. Emm satu lagi laman menarik, ere-serene.org. Antara dua ni, ana lagi suka ere-serene, sebab tutorialnya lebih mudah difahami, simple sket. Malangnya, sekarang ere-serene dah tak de. Pemilik site ni, strawberry yang turut memiliki tifa.net akan taruk sebahagian tutorial yang pernah ada kat ere-serene somewhere dalam tifa.net. Ana pun tengah tunggulah ni..

    Semua layout yang ana download tu, ana tak pernah guna, cuma ana tengok rahsia di sebaliknya aje. Kalau antum nak tengok jugak, cuba tekan 'right-click' kat mouse tu, dan pilih 'view sorce'. Apa yang antum tengok tu sebenarnya adalah html coding, dan kalau dah faham, its not as complicated as it looks like. Mula-mula belajar tu, memanglah pening kepala. Iron determination kept me going, though. And I'm still in the never-ending learning process. If only I got the same determination in Physics last semester.. *sigh*

    Website pertama yang ana tubuhkan, guna 'frame', ana belajar dari magitek-designs.. tapi susah dan tak menarik sangat. Ana buat site ke-3 menggunakan kaedah 'table' dan 'css', waktu cuti panjang SPM. Ana namakan GeminiHouse, tempat ana 'ranting and rambling', setelah usaha ana nak buat blog tak jadi-jadi =(. Entahla kenapa, puas jugak ana cuba, kalau tak silap, kat blogger.com. Tapi itu tak mematahkan semangat, sebab by that time, ana dah reti sedikit sebanyak tentang html =).

    Kemudian ana masuk U, dan terkandaslah website yang tak banyak isi tu.. Habis semester satu, ana mulakan semula dengan azam dan semangat baru, kali ni dengan tujuan murni melahirkan laman web yang mencantumkan kembali cebisan kenangan di bumi SHAMS, dan ana mendapat inspirasi dari lagu Amar - Cebisan Kenangan. Maka terlahirlah - Cebisan Kenangan Version 1.0 [ Butterfly ] <-- ni hiatus page dia.

    Semua design terbaru, bermula dengan kewujudan Cebisan Kenangan, dibuat dengan menggunakan Adobe Photoshop 7.0. Ana kurang pasti beza antara Photoshop dengan PSP7, selain Photoshop ni mahal lagi.. Tapi memang adalah perbezaannya. Adik ana beli dengan harga yang amat special daripada cikgu dia. Emm, sebelum berakhirnya cerita ana ni, ana kena ucap terima kasih kepada Lissa. Kalau antum nak belajar html dengan detail, ana rase inilah tempat paling sesuai, tapi tahan jela warna kuning tu ek...

Hmm, bagi ana, buat website ni, tak semudah yang diharapkan, namun tak juga sesusah yang disangkakan.. Eh dah boring ea? Maaf ye panjang sangat! :}


with love,
~ diyana
26 Ramadhan 1425H
05:50:21 AM

© CEBISAN KENANGAN
[ VERSION 2.0 - MESMERIZED ]
best viewed in IE 6.0 - 800 x 600 screen resolution

BUMI WAKAFAN

Shams
Sejarah Penubuhan
Asrama
Badan-Badan Pengawas
Lagu Sekolah


MEMORIES

Kuiz Kepenggunaan
Sebuah Coretan
Tell Me

NUKILAN

Tazkiyatun Nafsi
Laman Puisi
English Poetry


ABOUT

The Webmistress
My Cerita
Credits


BUKU TAMU

Tulis Buku Tamu
Lihat Buku Tamu



1
Hosted by www.Geocities.ws