Bismillahir Rahmannir Rahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

logo sekolahSMKA SHEIKH ABDUL MALEK, bumi wakafan yang telah dimusafiri selama 5 tahun, tempat ana mengutip mutiara ilmu, mengenal erti persahabatan dan perjuangan, membentuk mendidik sahsiah diri berlandaskan Islam dan iman, mencari redha Tuhan, juga diajar erti pertemuan dan perpisahan .. Pendek kata, di sini saat-saat awal remaja telah dihabiskan, bersama teman-teman seangkatan, yang turut mengejar cita-cita dan harapan, di bawah bimbingan mu'allim mu'allimah yang tak pernah jemu menutur kata nasihat dan pengajaran.. dedikasi dalam memenuhi tuntutan.. Waktu mula menjejakkan kaki ke sana, masih seorang kanak-kanak hingusan, keluar sebagai seorang insan berkeperibadian.. ( ye ke? Insya-Allah ^_^ ) Syukur sangat kepada Allah, dan terima kasih buatmu ibu ayah, kerana telah insist suruh ana belajar kat sana.. tak terbalas rasanya didikan yang diterima dari semua..

Buat yang nak tahu pasal sekolah ni (especially adik-adik yang darjah enam tu) waktu ana dulu, walaupun sudah berkurang, namun bi'ah solehah yang menjadi identiti sekolah, masih jelas dirasai. Pagi-pagi, sampai je kat sekolah yang pasti akan kedengaran ayat-ayat suci Al-Quran didendangkan di corong mikrofon, samada oleh imam Makkah Madinah ataupun tadarus tempatan, ianya sungguh menenangkan hati dan perasaan.. Sebelum masuk kelas, ada pengumuman dalam arabic, ape ye.. emm, 'ayyuhal ikhwah wal akhowat, at-tholabah wat tholibat ... ...' suruh keluar kelas, kemudian prefect akan check sahsiah rupa diri, masuk kelas balik, dan bacaan Al-Quran diketuai seorang pengawas muslimin dimulakan.. Lima tahun bertadarus cam tu, dari ana form 1, form 5 baru khatam.. pasal diorang baca sikit-sikit setiap hari, siap dengan terjemahan. Dengan cara itu, diharap setiap warga SHAMS menghayati kalam suci, dan memulakan pembelajaran dengan keredhaan Allah.. itulah tujuannya..

Waktu tengah hari, iaitu bila masuknya waktu solat Zuhur, pembelajaran akan diberhentikan, supaya para pelajar dan guru, dapat menghormati waktu sembahyang dan menunaikan perintah Tuhan tepat pada waktunya.. iaitu secara berjemaah di surau sekolah (Surau al-Maidah). Setahu ana, SHAMS adalah satu-satunya sekolah kat Terengganu yang buat begitu sejak penubuhannya, kalau takpun, yang pertamalah. And bila dah tiba waktu untuk pulang ke rumah (atau ke asrama bagi yang menetap di sana) bacaan doa tidak dilupakan. Emm.. cam tulah lebih kurang tertib kehidupan di SHAMS, menanamkan nilai dan cara hidup Islam dalam diri warganya. Dan ana sungguh bangga kerana pernah menjadi sebahagian darinya, rasanya sampai bila-bila pun akan ana rasa diri ini sebahagian dari SHAMS =)




[ BALIK UMAH ]



CEBISAN KENANGAN
[ VERSION 2.0 - MESMERIZED ]
best viewed in IE 6.0 - 800 x 600 screen resolution

:: BUMI WAKAFAN ::

Shams
Sejarah Penubuhan
Asrama
Badan-Badan Pengawas
Lagu Sekolah


:: MEMORIES ::

Kuiz Kepenggunaan
Sebuah Coretan
Kenangan Waktu SPM
Tell Me

:: NUKILAN ::

Tazkiyatun Nafsi
Laman Puisi
English Poetry


:: ABOUT ::

The Webmistress
My Cerita
Credits


:: BUKU TAMU ::

Tulis Buku Tamu
Lihat Buku Tamu


Hosted by www.Geocities.ws

1