KUIZ PENGGUNA
:: sebuah coretan kenangan daripada: Mummy Dina ::

catatan: Dina was one of the school representatives in Consumer, Arabic and National Science Quiz - orang kuat sekolah ni!

dina Kuiz Pengguna (KP) was my first kuiz. Tahun 2001. Camne entah boleh terbabit dengan KP ni. Mula-mula dulu, Cikgu Mardahana kata ada satu kursus kat USM. So, Adawiyyah (Ada) pun daftarlah nama. Then she asked me kalau nak pergi jugak. So, I kata letaklah. Sebenarnya bukan nak pergi kursus pun, saja-saja nak pergi jalan. Kemudian, tiba-tiba kursus tu tak jadi, dan kebetulan Kuiz Pengguna peringkat sekolah nak bermula. Cikgu Mardahana suruhlah masuk. Kalau dapat tempat pertama dan kedua boleh jadi wakil sekolah. Masa final tu, Ada confirm first place. Dina seri dengan Kadir. Jadi, kenalah jawab satu soalan. Saper betul, dialah menang. Thanks to Dr. Kadir, I won. hehehe.. So, Dina dan Ada wakillah sekolah dengan Abang Nasrul dan Abang Tarmizi Razak. Terima kasih to both of you sebab percaya kat kami berdua.

ada Bagi peringkat daerah, we had to read macam-macam sebab kepenggunaan ini melibatkan everything. Waktu peringkat daerah, kuiz dijalankan serentak di seluruh Negeri Terengganu. Masa ni, semua peserta (empat orang) boleh ambil bahagian. Satu paper empat-empat orang jawab, subjektif. Kemenangan adalah berdasarkan kalah mati and only 4 schools yang diperlukan untuk peringkat negeri. Alhamdulillah, SHAMS dapat masuk ke pringkat seterusnya. Untuk peringkat negeri ni, kitaorang terpaksalah berkorban sikit. Penat jugak. Kena baca banyak buku, soalan-soalan past years, pergi Pejabat Pengguna, Pejabat Pendidikan, Pejabat Kesihatan dan banyak lagilah sebab nak kumpulkan maklumat. Cikgu Mardahanalah yang bersusah payah hantar kitaorang pergi sana sini dan pada masa yang sama, dialah yang memberi galakan dan semangat kepada kami.

Pastu, tiba masanya final quiz. Tempatnya di Batu Buruk Beach Resort. Sekolah lain yang turut bertanding, SMK Ibrahim Fikri, SMS Dungun, dan satu lagi tak ingat. Untuk final ni, tiga orang sahaja yang naik pentas. Yang naiknya, of courselah senior dua orang tu, Abang Mizi dan Abang Nas dan jugak Ada. Dina just duduk kat bawah, jadi penonton di samping memberi klu (diyana: ehem,ehem.. cam mana tu?!) untuk orang kat atas. Masa atas pentas tu, sekolah lain rileks aje. Budak-budak SHAMS sibuk atur balik untuk memudahkan strategi. Yelah, jawab soalan objektif, pastu tak boleh berbincang...

Pertandingan tu sengit jugak. Kalau nak kira, SHAMS dan SIF memang musuh tradisi laa.. Pastu bila tiba pusingan akhir, SHAMS dan SIF seri, kenalah jawab extra question. Subjektif. Masa jawab tu, memang confident betul tapi pihak juri kata tak lengkap. Bila SIF jawab, diaorang dapat perfect. Tiga wakil SHAMS di atas pentas tu pun pergilah protes. Tapi keputusan juri adalah muktamad. Abang Mizi memang marah sangat. Terus turun pentas dengan muka masamnya. Jadi kiranya, SIFlah yang dapat mewakili negeri Terengganu dan SHAMS menduduki tempat kedua sahaja.

Then, the next year, 2002, my second KP dengan Ada. Dua orang lagi adalah Humaira dan Nadiah. Mereka ni baru Form 3 waktu tu. Kebiasaannya, ikut tradisi ambik pelajar Form 4. Tapi, student form 4 kurang berminat. Dina dan Ada memang tak dapat tarik diri sebab dah berpengalaman jugak. Sewaktu peringkat daerah, format pun masih sama. Cume masa jawab kuiz tulah, kami still boleh gelak-gelak lagi. Tension tak dapat jawab.ekeke� Tapi, Alhamdulillah, dapat jugak ke semi-final. Tahun tu, format tukar. Ada semi-final untuk lapan sekolah, lepas itu empat sekolah yang akan layak ke final.

Waktu pertandingan tu, pelajar tingkatan 3 dan 5 ada peperiksaan, kalau tak silap, percubaan rasenya. So, kuranglah sikit beri perhatian kepada Kuiz Pengguna tu. Baca pun last minit, ala kadar je. Masa semi-final tu, 3 sekolah dah lepas. SHAMS seri dengan SMK Sultan Omar. Bila kena jawab soalan extra, dapat jugaklah kami jawab dengan betul dan layak ke final. Hari tu, Dina memang tak ada mood dah nak berkuiz. Sorry Cikgu Mardahana. Waktu final, memang semua dah kurang mood nak jawab. Jawab pun macam tak confident. Akhirnya dapat tempat ketiga. SIF masih juara bertahan. Merekalah yang mewakili Terengganu untuk kali keduanya.

Dengan berakhirnya pertandingan tu, bermakna berakhir jugaklah kami (Dina dan Ada) punya contract wakil KP sebab tahun 2002 adalah tahun terakhir alam persekolahan kami di SHAMS. Dina dan Ada buat satu conclusion, kami ni membawa nasib buruk untuk KP SHAMS sebab dua tahun berturut-turut tak dapat ke peringkat kebangsaan (diyana: ish, mana ada.. kan sudah suratan Ilahi). Dahlah tu, kedudukan makin mencorot. Dari tempat kedua ke tempat ketiga. Yang bestnya, selepas kami keluar sekolah, pasukan Kuiz Pengguna SHAMS tahun berikutnya iaitu 2003, dapat ke peringkat kebangsaan dan berjaya dapat tempat kedua. Thanks to my juniors. Kak Dina tumpang berbangga dan gembira. Budak empat orang tu, adinda-adinda yang kusayang: Nadiah, Humaira, Raziana dan Mardiyyah. Memang bijak-bijak, rajin dan komited.

p/s: Thank you Dina!


[ Balik Umah ]







CEBISAN KENANGAN
[ VERSION 2.0 - MESMERIZED ]
best viewed in IE 6.0 - 800 x 600 screen resolution

:: BUMI WAKAFAN ::

Shams
Sejarah Penubuhan
Asrama
Badan-Badan Pengawas
Lagu Sekolah


:: MEMORIES ::

Kuiz Kepenggunaan
Sebuah Coretan
Kenangan Waktu SPM
Tell Me

:: NUKILAN ::

Tazkiyatun Nafsi
Laman Puisi
English Poetry


:: ABOUT ::

The Webmistress
My Cerita
Credits


:: BUKU TAMU ::

Tulis Buku Tamu
Lihat Buku Tamu



Hosted by www.Geocities.ws

1