Puisi.. Biasan Hati

Bismillahir Rahmanir Rahim




Di sini..
Di bumi wakafan ini..
Tempat kita menyulam erti..
Sebuah kehidupan yang diredhai..

Bumi wakafan ini..
Telah puas kita jelajahi..
Mengutip tiap butir mutiara yang ditemui..
Bicara suci dari bibir insani
Bekalan masa depan yang masih dikaburi
Pelbagai onak dan duri
Rintangan yang sentiasa mencabar
Keteguhan hati..

Di sini..
Kita mencari keredhaan Ilahi..
Moga terukir kalimah kebenaran murni
Dalam setiap denyut nadi..

Lantas telah kita susuri..
Lorong pencarian yang mulanya sepi..
Namun segera terisi..
Dengan hadirnya teman-teman sejati..
Turut sama mewarnai..
Persinggahan singkat ini..

Kini..
Segalanya hanya tinggal sebuah memori..
Terus tersemat di setiap hembusan nafas ini..
Sinaran as-shamsi
Indah menerangi kamar hati..

:: hammani_ilya' ::

PERSAHABATAN SUCI

Saat aku melangkah ke alam itu..
Kau kutemui duhai teman..
Dan mulai saat itu..
Kau sentiasa disisiku..

Pembimbing penguat semangat daku..
Tatkala mentari bersinar..
Jua tika hujan merintih
Kita tetap tabah bersama..

Persahabatan kita..
Ada juga ketikanya..
Bergoncang dek tempias angin..
Dilanda badai gelora..
Namun bahtera pelayaran kita..
Tetap teguh merentasinya..

Dan aku percaya..
Keikhlasan kasih sayang kita
Sentiasa di dalam rahmat-Nya

Kerana kita..
Berjuang kerana-Nya..
Mencari redha-Nya..
Mengharap cinta kasih-Nya..

Berbekalkan sebuah keikhlasan..
Dan ukhuwwah yang erat terjalin..
Ikatan hati yang terbina..
Dulu, kini dan selamanya..
Kekal menerangi jiwa..

:: hammani_ilya' ::









CEBISAN KENANGAN
[ VERSION 2.0 - MESMERIZED ]
best viewed in IE 6.0 - 800 x 600 screen resolution

BUMI WAKAFAN

Shams
Sejarah Penubuhan
Asrama
Badan-Badan Pengawas
Lagu Sekolah


MEMORIES

Kuiz Kepenggunaan
Sebuah Coretan
Kenangan Waktu SPM
Tell Me

NUKILAN

Tazkiyatun Nafsi
Laman Puisi
English Poetry


ABOUT

The Webmistress
My Cerita
Credits


BUKU TAMU

Tulis Buku Tamu
Lihat Buku Tamu


Hosted by www.Geocities.ws

1